nuffnang

May 17, 2014

Bisu Selepas Meniup Trompet


CAPE TOWN - Seorang wanita kulit putih Afrika Selatan, Yvonne Mayer, 29, hilang suara selama dua hari selepas meniup trompet tradisi masyarakat negara itu, vuvuzela pada satu parti jalanan Piala Dunia 2010 di Fan Park di sini baru-baru ini.

Dia yang bekerja sebagai jurujual insurans tempatan diberitahu seorang doktor ketika mendapatkan rawatan di Hospital Medi-Cross di sini yang mendapati tekaknya pecah namun, pegawai perubatan menasihatkan Mayer untuk tidak makan dan minum dalam tempoh 48 jam.

"Ini kali pertama saya meniup trompet popular itu Isnin lalu dan kemudian langsung tidak boleh bercakap. Pada mulanya saya menyangka tertelan kumbang sebelum doktor yang memeriksa tekak saya mendapati ia sudah pecah," katanya.

Akibatnya, Mayer terpaksa berpuasa maraton dua hari untuk mengembalikan semula tisu tekak menjadi pulih manakala Dr. Scott Barker yang merawat wanita itu menyifatkan ia kes pertama seumpamanya disebabkan meniup vuvuzela. - Agensi 

April 14, 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Full Episod


SINOPSIS

Jebat, seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas.


Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast. Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?

Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster! Tonton Bukan Kerana Aku Tak Cinta secara onlinemelalui link di bawah.




TONTON


April 13, 2014

Punca Masalah Kegemukan

Umum sedar akan keburukan obesiti, berat badan berlebihan atau kegemukan. Namun tidak ramai yang ambil kisah terhadap perkara tersebut kerana obesiti dianggap perkara biasa dan tidak berbahaya.
1- Ketidakseimbangan Tenaga.
Ketidakseimbangan tenaga menyebabkan berat  badan berlebihan dan obesiti. Imbangan tenaga bermakna tenaga yang diterima adalah sama tenaga yang digunakan.
Tenaga yang diterima adalah nilai kalori yang anda perolehi daripada makanan dan minuman. Tenaga yang digunakan adalah jumlah tenaga yang badan anda perlukan untuk perkara-perkara seperti bernafas, penghadaman  dan aktiviti fizikal. Untuk mengekalkan berat badan yang sihat, kalori yang anda terima tidak perlu seimbang dengan tenaga yang anda guna.

Seandainya jumlah kalori yang diterima sama dengan jumlah tenaga yang digunakan, berat badan tidak berubah.

Sekiranya  jumlah kalori yang diterima kurang daripada jumlah tenaga yang digunakan, berat badan anda menyusut.

Berat badan berlebihan dan obesiti berlaku dengan pantas apabila anda mengambil kalori lebih daripada apa yang diperlukan oleh tubuh anda.

2-Tabiat Pemakanan.
Obesiti di Malaysia banyak berpunca dari tabiat pemakanan harian dan cara sajian makanan disediakankan. Setiap hari rakyat Malaysia akan bersarapan dengan nasi lemak, roti canai dan teh tarik. Ketika makan tengahari kita akan makan nasi dengan lauk ikan goring, ayam goring, kari, sayur lemak dan masak merah. Begitu juga dengan makan malam.
Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis yang berpanjangan boleh membawa kepada masalah kegemukan.

Keadaan ini diburukan oleh sikap sesetengah individu yang mengalami  amat responsif  terhadap bau makanan. Bau makanan mampu  menimbulkan  rasa lapar secara psikologi yang mendorong kepada pengambilan makanan. Individu seperti ini akan sentiasa mengambil makanan walaupun di luar waktu makan. Oleh itu obesiti akan berterusan.

3- Kurang Bersenam.
Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengamalkan cara hidup sihat. Mereka mempunyai sikap malas bergerak dan tidak suka bersenam. Sikap ini semakin menjadi-jadi sejak wujudnya kemajuan teknologi dan internet. Orang ramai lebih suka menggunakan mesin basuh,  blender,  lif , eskalator, perbankan internet dan shopping online.

Apabila terlalu memanjakan tubuh tanpa melakukan sebarang pergerakan besar, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita.  

Obesiti menyebabkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dilakukan. Ia akan menyebabkan  penurunan kadar  metabolisme tubuh. Akhirnya badan semakin gemuk dan obesiti.

4-Kurang Tidur.
Kajian menunjukkan bahawa kurang tidur meningkatkan risiko obesiti. Satu kajian terhadap sekumpulan remaja menunjukkan bahawa kurang tidur meningkatkan kemungkinan obesiti.
Tidur yang cukup membantu mengekalkan keseimbangan hormon ghrelin (yang membuat anda berasa lapar) atau leptin. Apabila anda tidak mendapat tidur yang cukup, tahap ghrelin akan meningkat dan tahap leptin akan menurun. Ini menjadikan anda rasa lebih lapar daripada waktu anda berehat.

 Tidur juga mempengaruhi tindakbalas tubuh anda terhadap insulin iaitu hormon yang mengawal kadar glukosa dalam darah anda. Kekurangan tidur menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.Inimeningkatan risiko anda untuk menghidap penyakit kencing manis.

Kesimpulannya, untuk mengelakkan obesity anda perlu mengawal pemakanan, bersenam dan memastikan masa tidur andat mencukupi.

Misteri Kehilangan MH370

Misteri kehilangan MH370 sekarang ini telah dibicarakan secara serius di seluruh dunia. Pelbagai teori dan andaian dibuat untuk dikaitkan dengan kehilangan tanpa sebarang pertunjuk.
Man Of Steel MH370
Memang sifat manusia yang suka membuat telahan dan andaian dan kadangkala diluar jangkaan akal kita berfikir.
Baru-baru ini, timbul pula dakwaan yang menggatakan kehilangan pesawat MH370 telah dinyatakan secara simbolik lebih awal dalam filem blockbuster Hollywood, “Man of Steel”.
Di bawah ini video dakwaan berkenaan.
Salah satu babak dalam filem Man of Steel, telah memaparkan nombor 370 secara jelas di atas sebuah kenderaan panjang seperti bas.
Jika dilihat dengan teliti, tertulisnya: M.I.A 6 – 370
Yang boleh diertikan sebagai;
  • MIA = Missing In Action
  • MIA = Malaysia International Airport
Manakala nombor 6 jika dikira secara abjad adalah sama kedudukan dengan huruf F yang membawa maksud kepada Flight.
  • 6 = F (Flight)
Man Of Steel MH370 [2]
Menurut teori ini, mengikut kiraannya matematiknya, CIA terlibat dalam perancangan menghilangkan pesawat MH370!
Pendedahan yang kedua pula, dalam filem tersebut, Superman ada menyebut perkataan Lautan Hindi.
“If I don’t stop that machine over the Indian Ocean”
Adakah sebutan ini secara kebetulan? Pembaca boleh berfikir sendiri kan…
24 Mac lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Pengumuman ini dibuat berdasarkan data-data kukuh yang diberikan oleh INMARSAT.
Pelik kan?
Teori ini juga kelihatan didalam filem Mission Impossible III 2006 apabila salah satu babak dalam filem Mission Impossible III 2006 ada memaparkan logo Malaysia Airlines secara horizontal dalam keadaan yang musnah akibat letupan di China.
Logo yang sama juga muncul di filem Transformers: Revenge of the Fallen pada tahun 2009 juga di China.
Mission Impossible III 2006 and Transformers With MH370 Symbol
Adakah masih kebetulan? Dan segala-galanya seperti sudah dirancang sejak tahun 2006 lagi.
Pembaca boleh menilai sendiri. Tak perlu percaya, cukuplah sekadar membaca info dan membuat kesimpulan dengan apa yang ada.
Dan sekiranya ada dikalangan pembaca yang mahu mempertikai, sila berikan penjelasan yang munasabah untuk semua teori diatas.

Air Terjun Dalam Lautan




Mauritius adalah sebuah negara kepulauan di Lautan Hindi kira-kira 2,000 kilometer di tenggara benua Afrika.

Mauritius pertama kali ditemui oleh bangsa Arab pada tahun 975 Masehi, kemudian oleh Portugis antara 1507 dan 1513.
Sejak itu setelah tempoh penggantian dan penjajahan antara Perancis, Belanda dan Inggeris. Pulau ini menjadi republik pada tahun 1968.
Terletak di hujung barat pulau, anda akan menemui sebuah ilusi yang sangat menakjubkan.
Bila dilihat dari atas, larian pasir dan endapan lumpur mencipta ilusi ‘air terjun bawah laut’.
Pandangan satelit  Google Maps mencipta pemandangan dramatik dengan pusaran air kelihatan muncul di pantai syurga tropika ini.

Sea Water Fall - Mauritius

\

April 12, 2014

Pakar Sahkan Ping Dari Kotak Hitam MH370 Ditemui

MH370~Pakar Sahkan Ping Dari Kotak Hitam MH370 Ditemui

PERTH - AUSTRALIA. Para pakar di Australia dan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa isyarat detikan yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang di selatan Lautan Hindi merupakan peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata para pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat, mengesahkan bahawa isyarat 33.31 khz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.

"Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield ialah pada 4.27 petang dan 10.17 malam semalam," katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS Penerbangan MH370 di sini hari ini.

Beliau berkata isyarat pertama berlangsung selama 5 minit dan 32 saat dan yang kedua, 7 minit.

Pada Isnin, kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan dua bunyi akustik detikan dalam pencariannya selepas mengesan isyarat itu kali pertama pada Ahad, manakala kapal China Haixun 01 pula mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, kira-kira sejam kemudian ketika pesawat itu berada di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal, sepanjang dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Rekod Frekuensi yang direkodkan

Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

Houston berkata isyarat-isyarat itu semakin lemah dan ini mungkin disebabkan bateri kotak hitam hampir luput atau alat itu digerakkan oleh arus lautan.

"Lebih banyak isyarat-isyarat itu yang dapat kami kesan, kami dapat memperhalusi kawasan carian dengan lebih baik," katanya.

Katanya buat masa ini, kawasan carian bagi Ocean Shield adalah 25km persegi menggunakan 'towed pinger locater', manakala carian di udara akan bermula di kawasan yang ditetapkan.

Houston berkata satu daripada cabaran dalam usaha mencari di dasar lautan ialah kelodak di dasar lautan yang boleh menghalang rakaman kamera visual dalam usaha mencari pesawat itu.

Katanya kelodak itu mungkin sedalam 10 meter atau lebih.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Komander Pasukan Petugas Khas 658, Komodor Peter Leavy berkata mereka telah meletakkan 84 pelampung sonar yang dibiarkan terapung di kawasan carian di lautan bagi membantu Ocean Shield mengesan isyarat.

Katanya alat itu mempunyai beberapa sensor yang boleh mengesan sebarang isyarat sedalam 1,000 kaki (304.8 meter).

Beliau juga berkata penggunanan kapal selam tidak sesuai disebabkan keupayaan selamannya terhad berbanding kedalaman lautan iaitu 4,500 meter. - Bernama

Status Terkini Isu Cabul Prof Izzi Hj Ali

Status Terkini Isu Cabul Prof Izzi Hj Ali


Kes cabul yang melibatkan Prof Izzi kini hangat diperkatakan. Tidak wajar sekiranya seorang guru mengambil kesempatan ke atas anak didik mereka dan lagi tidak wajar sekiranya kita terus menghukum beliau.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, sebelum ini Shuhada Raba telah membuat laporan polis dan kertas siasatan telah pun dibuka cuma pihak polis belum memanggil Prof Izzi untuk memberi keterangan.

Status Prof Izzi sebelum ini,
(An-Nisaa’: 78) : Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh
Status terkini Prof Izzi,
Setakat ni saya tidak boleh memberi kenyataan sbb ianya masih dlm siasatan.
Apa yang mengejutkan adalah, apabila ramai yang mengaku turut dicabul. Mari kita berdoa agar kes ini cepat diselesaikan kerana dibimbangi akan memberi kesan buruk kepada kedua-dua pihak.

November 06, 2013

Anugerah Allah Kepada Kaum Hawa


Antara 15 Anugerah Allah Kepada Kaum Hawa ialah seperti berikut :-
1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).
5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia  dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya  ia  mentaati perintah tersebut  dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Diganggu Akibat Tidak Mandi Wajib

Embedded image permalink

Kisah seram ini bukan berlaku pada saya tapi pada kawan kakak saya. Kisah in berlaku kira2 pada tahun 80an. Kakak saya mempunyai kawan perempuan yang agak terkenal akan kenakalannya, namanya Ju. Orangnya ambil tak endah tentang pantang larang dan suruhan agama. Kalau datang bulan tak pernah mandi hadas atau mandi wajib. Apa yang berlaku, satu hari dia bersiar2 dengan teman lelakinya di kawasan Clementi Woods.

Sedang asyik mereka berbual2 di situ, tiba2 teman lelakinya nampak cemas dan terus ajak pulang. Dia pun mula rasa marah kerana teman lelakinya tak cakap kenapa tergesa2 ingin pulang siang2. Dia ni selalu gaduh dengan ibunya jadi selalulah dia tidur di rumah kawan. Sebab tulah tak suka balik siang. Kerana terpaksa, dia pun pulang. Kerana dia ni tak ada pantang larang, dia balik, buka pintu, dalam gelap2 dia masuk bilik. Tak cuci kaki, tak cuci muka, terus baring di atas katil. Tiba2 sedang dia pejamkan mata, dia terdengar bunyi macam orang mengebas cadar, kuat bunyinya.
Kemudian dia terasa bulu romanya berdiri dari kaki hingga ke tengkuk. Dia pun cubalah baca2 apa yang dia tahu tapi dalam keadaan kotor, baca apa pun tak guna. Kemudian dia terdengar bisikan di telinga, “Nak tidur Ju???” Dia tak pasti samada dia dengar “Cu” atau “Ju” iaitu namanya. Walaupun sedang dalam keadaan takut, dengan mata tertutup, dia merangkak di lantai dan menuju ke pintu. Dia tahu selok-belok bilik itu kerana ada katil dan satu almari di tepi sahaja, jadi tengah2 semua kosong. Namun, semasa merangkak di tengah bilik, dia terlanggar sesuatu.
Dia pun apa lagi, terus cepat2 meluru ke pintu dalam keadaan merangkak. Dia terus mengetuk bilik kawannya. Lama juga baru kawannya buka dengan suaminya di sebelah. Kerana suaminya tahu sedikit pasal benda2 ni, apalagi muka suaminya punyalah berang. Marah apabila dia tengok dan dia tahu apa terjadi tak payah cerita pun. “Kau pergi mandi sekarang, menyusahkan orang aje bawak benda2 ni balik…” Sesudah mandi, dan suami kawannya dah halau benda tu keluar, dia nak tidur dalam bilik temannya tapi suami temannya tak benarkan, memang padan muka dia. Semasa dia di dalam bilik itu dengan senaskah Al-Qur’an di tepi kepala, dia masih terdengar bunyi cakaran di tingkap. Berdesing telinganya. Maklum tingkap dulu kan tingkap jenis aluminium…

November 04, 2013

Wad Bersalin Paling Sibuk Di Dunia

Wad bersalin di Hospital Dr Jose Fabella Memorial Manila, Philippines merupakan wad bersalin paling sibuk di dunia. Wad ini dikunjungi hampir 300 orang ibu mengandung setiap hari dan seramai 100 bayi dilahirkan setiap hari.
Para ibu juga terpaksa berkongsi katil antara 3 ke 6 orang untuk satu katil kerana terlalu padat dan tidak mencukupi kelengkapan tersebut. Lebih pelik lagi hospital ini dibina ditapak tempat pembuangan sampah.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...